Thank you for your interest!

Add free and premium widgets by Addwater Agency to your Tumblelog!


To hide the widget button after installing the theme:

  1. Visit your Tumblr blog's customization page (typically found at http://www.tumblr.com/customize).
  2. Click on Appearance.
  3. Click Hide Widget Button.
  4. Click on Save+Close.

For more information visit our How-To's page.

Questions? Visit us at tumblr.addwater.com

[close this window]

“maaf ye. “

dan ada yang berkata,
sesetengah perkara itu,
kita memang terpaksa buat,
terpaksa dilakukan.

walau melukai orang lain.
kita takde pilihan, maka tak perlu minta maaf.
itulah shja opsyen yang kita ada.

tapi bila terpaksa melakukan sesuatu,
apatah lagi yang melukai hati atau insan lain,
maka mohonlah moga suatu hari,
dia mengerti,
dan dia akan akhirnya nanti,
memaafkan kita.




dan bila kita ketawa,
begitu ramai yang disisi, bersama-sama.

dan bila menangis,
kita bersendirian, tanpa sesiapa disisi,
di malam yang sunyi,
air mata mengalir laju di pipi.
sendirian, berteleku, bermonolog dari hati,
terus ke Rabbi.

T_T


--menangis. dan tak jumpa sebab? tipu.

rindu rasanya,
ditarbiah,
ditegur bila tersalah,
diingatkan bila terleka,
dipujuk bila terluka.

rindu rasanya,
ditanya,
bila ada yang tak kena.

rindu,
pada dia yang peduli.
dan bila cuba menyimpan rapi, menyembunyikan luka dan segala calar dihati,
dia tahu, dan perasan, ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi.

rindu pada gengaman tangannya, memberi semangat saat goyah.
rindu pada usapan tangannya pada bahu saat sebak menjengah.
rindu pada kata-kata semangatnya.

tak selamanya kita kuat,
dan tak selamanya kita boleh bersendiri.
dan kadang2, yang kita perlukan bukanlah orang yang boleh memahami dan mengerti,
tapi seseorang yang boleh dipercayai, untuk berkongsi.




dan bila kita menulis tentang cinta,
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
atau yang paling asyik dilamun cinta,
terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?

dan bila kita menulis tentang kesedihan,
bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
tanpa ilmu, tanpa iman.

dan bila kita menulis tentang harapan dan impian,
terkadang,
bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.

dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan,
bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
itu cuma antara cara,
memujuk hati dan diri sendiri.

maka,
hakikat sebenar dibalik sebuah penulisan itu,
mungkin sukar difahami.
mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.


--*oh, kita tu, saya *

dan, saya rasa, bahawa saya tak layak, dan tak berhak.

oh.

itulah, yang selalu kita rasa,

bila kita rasa down dengan hidup ini.

bila kita tak dapat apa yang kita nak.

bila apa yang kita rancang, tak menjadi,

bila apa yang kita harap, jadi sebaliknya.

dush* dush*

rasa macam kena hempap batu besar.

rasa aja kan?
bilal bin rabah, batu besar diletak atas dadanya, sedang kita cuma “rasa, macam”
ok? so, jangan nak overacting.

dia lain, imannya kuat.

heh? habis tu, kita tak nak bina iman yang kuat? nak berlembik-lembik?

berhenti tongkat dagu, tepuk dahi sendiri!

betulkah, bila kita asyik dapat benda yang kita tak nak,

maknanya kita tak layak dan tak berhak hidup bahagia?

*air mata bergenang, sedihnya.*

tak la!

Dan bila dah usaha dengan cara & jalan yang betul,

Masih tak dapat apa yang kita nak, 

Maka sabarlah.

Dan bila dah doa dan minta sungguh-sungguh,

Masih tak diberikan apa yang kita pinta,

Maka redhalah.

Allah lebih tahu apa yang lebih baik.

dan saya akan masih selalu tertanya-tanya.
mengapa dalam beribu-ribu wanita di muka bumi,
(or at least kat malaysia),
dia akan memilih saya.

dan saya akan selalu tertanya-tanya,
dalam begitu banyak perempuan baik-baik,
bahkan terkadang lebih baik,
mengapalah dia akan tetap memilih saya?

dan saya masih tertanya-tanya,
takkanlah dalam begitu banyak perempuan,
dia akan menoleh,
kepada saya yang tak punya apa-apa ini.

rendah diri?
mungkin..
yang lebih baik itu ramai.
sedar diri?
ya, itu yang lebih tepat.




“
maknanya, tak boleh letak harapan tinggi-tinggi la?
tapi, kalau tak harap tinggi-tinggi, macam tak sungguh-sungguh je.”

bukan macam tu.ya, jangan la letak harapan tinggi-tinggi.sungguh-sungguh tu bukan dinilai dari tingginya harapan dan impian semata-mata.setakat harapan tinggi, usaha takde, macam mana?

tapi, belum masanya, nak usaha-usaha ni.tak mampu lagi, tak sedia lagi.

habis tu, belum masa usaha-usaha,

kenapa sungguh-sungguh sangat nak usha-usha?
”

maknanya, tak boleh letak harapan tinggi-tinggi la?

tapi, kalau tak harap tinggi-tinggi, macam tak sungguh-sungguh je.”

bukan macam tu.
ya, jangan la letak harapan tinggi-tinggi.
sungguh-sungguh tu bukan dinilai dari tingginya harapan dan impian semata-mata.
setakat harapan tinggi, usaha takde, macam mana?

tapi, belum masanya, nak usaha-usaha ni.
tak mampu lagi, tak sedia lagi.

habis tu, belum masa usaha-usaha,

kenapa sungguh-sungguh sangat nak usha-usha?

akuilah,
itu bukan benci.
itu cuma penafian.

akuilah,
kamu bukan lari,
tapi membawa diri.

akuilah,
kamu bukan pengecut yang mengalah,
tapi cuma manusia yang berserah.

fahamilah,
ada hakikat yang tak terlihat.




dan saya percaya masih ada orang yang buat akaun tumblr, tapi tak pernah share dgn family/ kawan2. tak letak real name, real pic, url pun ntah apa2,(macam url tumblr saya, ntah papekan ? :) ) biarlah tumblr kita takde org baca pun, takde org like pun, takde org follow pun. tumblr kite tu, just an alternative to spill, snang ckap an ‘escapism’. lari jauh2, dari dunia nyata. bawak diri, bawak hati. menulis dan membaca seorang diri. :) betul?

Tuhan, mengapa saya?

selalu, bila diuji, bila diduga,

kita bertanya, ya Allah, mengapa aku?

ya Allah, kenapa jadi macam ni, dekat aku.

ya Allah, kenapa aku dapat takdir yang macam ni.

rasa dalam hati, sesak dan sebak.

hati terasa dihimpit batu besar yang berat.

ya Allah, bukan aku tak redha….

tapi, kenapa selalu aku tak mendapat apa yang aku ingin.

mengapa selalu benar aku diuji.

mengapa aku tak dapat itu, tetapi dapat ini?

itulah rintih hati?

ya Allah.

manusia, itulah lumrah.

memang begitu, bila tak dapat apa yang diingini, kita bertanya, mengapa DIA tak beri.

bila begitu banyak catatan, ayat, bahkan penulisan masih tak mampu menyembuh luka dihati, maka mungkin tiba masanya kita muhasabah diri dari sisi yang lain.

Ya Allah, kenapa aku dapat ini?

Ya Allah, aku selalu berdosa, tapi mengapa masih KAU berikan kasih sayang-MU padaku?

Ya Allah, aku selalu melupakan-MU, tapi masih KAU berikan aku pelbagai nikmat, sedang selalu benar, aku ingikari-MU.

ya Allah, terlalu banyak yang KAU beri, tapi, terlalu sedikit yang aku syukuri.

ya Allah, terlalu banyak yang KAU izinkan aku miliki, tapi terlalu sedikit sebenarnya yang layak aku miliki.

pernah? pernah duduk, istighfar dan renungi diri.

banyak, terlalu banyak yang kita tak minta Allah beri.

banyak, terlalu banyak, yang kita tak patut dan tak layak dapat,

tapi Allah anugerahkan, Allah berikan, dan izinkan kita rasakan nikmat-NYA.

masih tak rasakah, betapa besar dan luasnya kasih sayang Allah? ;’(

ya Allah, kerasnya hatiku..

sudahlah, pujuk hati.

redhalah.

mungkin, mungkin banyak yang kita nak, tapi tidak kita miliki,

kita mintak, kita mohon tapi Allah tak beri.

tapi, sebenarnya, dalam tak sedar, lebih banyak, yang kita tak patut dapat, tak layak miliki, Allah berikan, Allah izinkan kita miliki.

selalu benar, kita tanya Allah, tentang perkara yang kita tak sukai, tapi tak pernah kita persoal diri tentang perkara yang terlalu banyak kita miliki padahal, kalau dilihat pada akhlak dan amal kita, tiada apa pun yang berhak kita miliki.

sabarlah, DIA masih sayang kita, walaupun, bukan dengan memberi apa yang kita mohon.

jangan melihat kekurangan, tapi hargailah kenikmatan.

bila ingin bertanya ALLAH tentang kesulitan dan kesusahan,

tanyalah juga tentang nikmat dan kesenangan!

ada banyak perkara yang kita impikan.
ada banyak perkara yang kita inginkan.
bahkan ada banyak perkara yang kita harap dapat kita buat.

dan banyak juga benda dan perkara yang selalu kita harap dapat kita luahkan dan zahirkan.

kadang-kadang,
kerana kita menyangka,

kalau kita ada itu,
mungkin kita lebih bahagia.

kalau kita dapat melakukan itu,
kita mungkin lebih gembira,

kalau kita dapat luah dan kongsikan itu,
kita mungkin lebih tenang dan bahagia.

itulah sangkaan kita.

sedang kita lupa.
mungkin ada sebabnya,

begitu banyak perkara yang mahu kita lakukan, tidak dapat kita lakukan.
begitu banyak benda yang kita inginkan, tidak dapat kita miliki.
dan begitu banyak perkara yang selalu kita harap dapat dizahirkan,
hanya mampu kita pendamkan sendiri..
;’)




dan saat ingin melangkah lebih jauh.
saat ingin bergerak kepada hubungan yang lebih pasti dan lebih kukuh,
jangan pernah ragu.
jangan pernah membiarkan kerisauan memaku langkahmu di tanah.
jangan pernah membiarkan keraguan membuat kau terpaku dan membatu.

jangan takut,
“andai aku tak mampu membahagiakan dia”
“andai aku tak mampu memberikan segala-galanya pada dia”

bahagia itu,
bukan kita yang beri.
tapi Allah.

dan
rasa bahagia itu,
bukan kerana kita, 
tapi dari Allah.

dan kita tak akan mampu memberikan segala-galanya.
yang Memberi itu Allah.
kita hanya medium pengantara.

bila masanya tiba,
maka jangan takut.
jangan membiar kerisauan tentang kebahagiaan, kesempurnaan dan masa hadapan,
mengaburkan dan memudarkan hasrat kamu.

bahagia, rezeki, masa hadapan,
itu semua milik Allah.
maka, bila sedia dan percaya,
selamat melangkah ke arah itu.

~ may Allah bless. ~

dan,
tidak pernah salah,
untuk terus berharap,
bahawa bahagia itu akhirnya akan tiba.

dan tidak pernah salah,
untuk tetap berharap,
bahawa kesudahan yang baik itu pasti akan tiba.

bukankah harapan itu doa?
doa yang tetap subur dalam hati.

dan bukankah harapan itu percaya?
percaya yang mutlak pada ILAHI…

;’)




dan, saya suka tgok tumblr orang lain.
ramai ada url tumblr yang menarik! :)





female. islam. may. malaysia